Feb 22, 2020
Mengapa orang yg beli rumah secara loan digalakkan BUAT HIBAH ?
????
1) Elak masalah kematian berlapis pecahan faraidnya yg melibatkan waris2 yang lebih ramai sementara menunggu proses pusaka bagi harta dlm loan (setelkan pinjaman dengan bank, dapatkan master title, carian geran di pej. tanah yang sudah tentu memakan masa yang lama).
????
2) Hajat asalnya memang nak beli rumah untuk anak2 dan pasangan (suami/isteri). Hibahlah terus kepada anak2 atau pasangan kita.
????
3) Banyak kes sekarang beli rumah sign S & P dua nama. Bila jadi pusaka, Faraid akan melibatkan waris dari 2 pemilik yang lebih complicated.
????
4) Memberi hak sepenuhnya kpd pembayar loan yg sebenarnya. Contoh ada yang beli rumah guna nama org lain. Yang sign s & p orang lain (contoh suami) tapi yang bayar bulan2 orang lain (contoh isteri) . Ada banyak sebab berlaku mcm ni :
- kekangan syarat2 loan.
- kekangan syarat2 hartanah utk org tertentu.
????
5) Rumah adalah aset kritikal yang tidak mampu dibeli atau dimiliki dengan mudah. Sediakan tempat untuk waris anda berteduh & berlindung tanpa perlu berkongsi dengan orang lain apatah lagi berlaku perebutan atau pergaduhan.
????
6) Pampasan takaful jika diterima oleh penama sebagai penerima hibah maka itu adalah haknya untuk gunakan wang tersebut untuk apa-apa tujuan, tidak wajib untuk bayar bahagian waris lain untuk tebus hak atas rumah. Kecuali takaful tersebut dibuat lantikan pemegang amanah dan diikat dengan Surat Ikatan Amanah mewajibkan wang pampasan takaful digunakan untuk langsaikan hutang rumah dan bayar bahagian waris lain sekiranya ada. Tetapi, perlu faham meskipun si mati ada ambil takaful dan penama/ penerima hibah dapat pampasan kematian yang cukup nilainya untuk tebus bahagian waris lain, namun waris lain tak wajib lepaskan haknya atas bahagian pusaka.
▶ Khidmat Hibah Rumah Dalam Loan
S. Sumaiyah Mohamed
:: Free Consultation :