Apr 04, 2020
Realiti yang mesti anda tahu dan faham.
.
.
1 ➖ Selepas kematian seseorang, urusan untuk pengeluaran semua duit yang disimpan di bank tidak semudah withdraw di mesin Atm ketika si mati masih hidup.
♾
2 ➖ Meskipun waris tahu nombor pin kad Atm, ada had pengeluaran tertentu yang dibenarkan pada satu masa. Jadi, berulang alik lah waris ke mesin Atm.
♾
3 ➖ Bank tentunya akan terus bekukan akaun pelanggannya yang berstatus 'public figure' atau ahli politik atau usahawan terkenal. Anda bukan golongan yang disebutkan, taraf orang awam je?
Haa. Sesiapa yang buat report kematian kepada bank sudah tentu pihak bank pun akan terus bekukan akaun. Memang tak boleh withdraw duit, mesti buat urusan pusaka dulu. Sekurangnya kena dapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
*Bergantung juga kepada prosedur serta budi bicara pihak bank. Ada yang mudah, ada yang strict.
♾
4 ➖ Persoalan yang tiada jawapan yang pasti; berapa banyak jumlah wang yang dapat disimpan khusus untuk kegunaan waris pada masa akan datang? Dan berapa tahunkah dapat membuat simpanan sebelum dipanggil menghadap Yang Maha Esa?
♾
Takaful pula bagaimana?
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Wang pampasan akan terus diberikan kepada individu yang dinamakan dalam sijil polisi takaful. Kebiasaannya suami yang ambil takaful akan menamakan isteri sebagai penerima hibah bagi pampasan tersebut. Ada juga yang menamakan syarikat amanah untuk pengurusan amanah wang pampasan supaya dapat laksanakan pelbagai tujuan dan tidak dihabiskan dalam tempoh yang singkat
( Info lanjut: bit.ly/AmanahWangTakaful )
♾
Jadi, tiada isu wang tidak dapat dikeluarkan selepas kematian kerana pampasan takaful tidak dimasukkan ke dalam akaun client yang meninggal dunia.
♾
Meskipun peserta takaful baru dua tahun membuat bayaran sumbangan dan ditakdirkan meninggal dunia, waris tetap akan mendapat wang pampasan mengikut kadar dan syarat tertentu. Kebiasaannya jumlah minimum RM10,000 dan maksimum boleh mencecah 1Juta.
.
.
‼ SOP Pejabat Pusaka Kecil, urusan pusaka akan diselesaikan dalam tempoh 4-6 bulan. Ini bagi clean case ya tuan puan. Maksud untuk mudah difahami; kes pusaka yang tak ada gaduh, bertikam lidah, salah maklumat, waris tak nak datang, tipu waris..maka kes ini cepat je selesai. Yang bermasalah memang ambil masa lama. Apatah lagi dah bertahun meninggal dunia baru nak didaftarkan urusan pusaka, berlaku pula kematian waris lain.
♾
Bayangkan dalam tempoh tersebut, berapa kos sara hidup yang diperlukan oleh waris? Terutamanya waris yang tiada pekerjaan, waris bawah umur, waris OKU dan Ini belum masuk kos untuk menguruskan pusaka lagi. ?
Nak cairkan aset lain pun tak boleh sebab masih atas nama si mati. Wang yang disimpan dalam bank semakin hari semakin sikit.
♾
Inilah hakikat, kenyataan dan pengalaman hidup yang akan dilalui oleh anda sebagai waris atau kepada waris anda sendiri. #SediakanPayungSebelumHujan
Sudah fikir dengan baik, bagaimana anda nak gunakan wang RM50 setiap bulan?
.
.
Plan takaful terbaik mengikut keperluan anda ada di sini: