{ Kematian Di Usia Muda }

{ Kematian Di Usia Muda }

Apr 08, 2020

{ KEMATIAN DI USIA MUDA }

Sejak kebelakangan ni, banyak berita kematian yang saya terima. Ada yang saya kenal, ada dari kalangan ahli keluarga sendiri, ada yang dikhabarkan tentang kematian di media. Ramai dari usia lingkungan 20 hingga 35 tahun.

Di usia ini tentu sekali bagi yang telah berkahwin, ada pasangan dan anak-anak yang masih kecil belum menginjak usia 18 tahun.

Client saya juga dalam lingkungan usia yang sama. Muda,masih ada kudrat mencari rezeki, dan sihat tubuh badan tiada sakit kritikal.
Setiap kali saya jumpa mereka yang ingin buat hibah hartanah, pengurusan amanah dan perwarisan perniagaan, perkara pertama yang saya akan jelaskan adalah berkenaan proses atau prosedur pengurusan harta pusaka. Sekurangnya ada ilmu baru yang mereka dapat tahu dan semoga mereka sampaikan juga kepada ahli keluarga serta waris terdekat.

Saya pernah melihat sendiri kesedihan dan kesusahan seorang isteri yang kematian suami dan masih dalam pantang melahirkan anak sulong mereka. Kak J dikurniakan keluarga kandung yang sangat baik dan menjaganya sehingga selesai pantang, meskipun keluarga mertuanya hanya bertanya khabar tentang status hakmilik geran rumah banglo 2 tingkat yang arwah suaminya beli sebelum meninggal dunia.

Setelah dua tahun baru urusan pusaka arwah suami dapat diselesaikan apabila kesemua waris bagi kerjasama yang baik dan saling bermaafan.

Segala ujian yang kak J lalui membuatkan saya sedar bahawa masih ramai lagi umat Islam yang tidak ambil peduli tentang urusan pusaka seseorang yang meninggal dunia. Saya nak ajak anda semua buka mata dan hati, bila bercakap tentang uruskan harta pusaka tak bermakna kita adalah orang yang gilakan harta. Menguruskan harta pusaka dengan betul mengikut hukum syarak adalah kewajipan kita semua. Takutlah kita andai termakan hak orang lain, takutlah kita terambil hak anak yatim, takutlah kita bilamana kita menzalimi hak orang lain.
Sebab itu janganlah kita menangguhkan urusan pusaka sehingga memakan masa bertahun-tahun.

Menguruskan pusaka juga perlukan ilmu yang betul supaya dapat diselesaikan dengan tepat dan mudah serta tidak membebankan waris.
Setakat hari ini pengurusan dan pentadbiran harta pusaka bukan percuma, ada bayaran tertentu (mengikut nilai harta pusaka) yang mesti dibayar oleh waris (atau ditolak dari harta pusaka si mati) kepada institusi yang terlibat dalam menguruskan harta pusaka.
Juga ada kos yang waris kena tanggung sendiri - pengangkutan, cuti kerja, masa, tenaga.

Bukan bayar kepada saya.
Bayaran (berbeza mengikut kes) sama ada kepada:
1) Mahkamah Syariah - untuk sijil faraid, pengesahan hibah/wasiat/harta sepencarian
2) Pejabat Tanah - untuk carian rasmi geran
3) Pejabat Pusaka Kecil
4) Amanah Raya Berhad
5) Mahkamah Tinggi Sivil

Dalam post saya terdahulu ada sebut tentang pengurusan pusaka percuma kepada waris.
Yang ini adalah khidmat dari WasiyyahShoppe Berhad -Trustee kepada client yang ambil servis Al-Wasitah (Pengurusan Pusaka). Client yang ingin waris mereka menerima manfaat dari harta pusaka tanpa perlu bersusah payah untuk menguruskannya, tak perlu juga keluarkan kos pengangkutan, masa dan sebagainya.

Berbalik kepada hal kematian...tiada siapa yang boleh tahu bila,dimana dan bagaimana kita akan mati. Bersedialah dan buatlah persediaan sebaiknya.

#memaafkan #AjalTakKiraUsia

========================
Ada yang nak tanya untuk perancangan harta dan pengurusan pusaka, boleh komen di bawah & pm (messenger) nombor telefon anda untuk mudah dihubungi.


Follow Us

About Us

Perunding Wasiyyah Shoppe. Khidmat Perancangan Harta & Pengurusan Pusaka Syariah Komprehensif Yang Pantas, Tepat & Mudah

Our Album