Rumah Yang Kita Beli Guna Loan Bank Ni

Rumah Yang Kita Beli Guna Loan Bank Ni

Jul 17, 2020

RUMAH YANG KITA BELI GUNA LOAN BANK NI BENORNYA SIAPA PUNYA ? KITA PUNYA KE BANK PUNYA ?

Ditanya lagi sebab ada pihak kata rumah yang masih ada loan bank tu TAK MILIK SEMPURNA maka tak boleh dihibahkan. Katanya lagi hanya harta MILIK SEMPURNA sahaja boleh dihibahkan.

Jenuh benornya cerita hal ni tapi sebab ditanya kenalah jawab juga.

Ginilah kita guna bahasa mudah faham untuk tahu rumah dalam loan bank ni sapa yang punya.

SIAPA TINGGAL DALAM RUMAH TU ? kita sekeluarga ke atau pegawai bank yang bagi loan rumah tu yang tinggal dalam rumah tu ?

BOLEH TAK KITA RENOVATE RUMAH TU ?
Kena dapat kebenaran bank ke kalau nak renovate, nak cat rumah tu ?

BOLEH TAK KITA SEWAKAN RUMAH TU ?
Kita nak sewakan rumah tu kena dapat kebenaran bank ke ? Duit sewa tu sapa punya , bank ke atau kita punya ?

BOLEH TAK KITA JUAL RUMAH TU ?
Dah boring dengan rumah tu, kita nak jual boleh ke? Ke hanya bank yang boleh jual?

KALAU ATAP BOCOR, PEGAWAI BANK YANG REPAIR KE KITA YANG KENA REPAIR SENDIRI?
Atap bocor, toilet tersumbat ... pegawai bank ke yang ambil inisiatif betulkan dan tanggung kos atau kita yang bertanggungjawab ?

Kalau bank langsung tak de kena mengena dengan soalan2 di atas, maka rumah tu sapa punya ? Kita punya ke bank punya ?

Rumah yang masih dalam loan bank benornya KITA YANG PUNYA !

Cumanya rumah itu dicagar balik ke bank melalui Borang 16A sebagai JAMINAN bahawa kita akan bayar loan bank. Kalau kita tak bayar, bank ada hak pertama untuk jual rumah tu bagi dapatkan semula duit dia. Kalau kita bayar sampai habis loan tidaklah bank mengambilalih rumah tu.

Rumah itu bukan bank punya. Bank ialah pihak menerima cagaran. Shafie sendiri mengatakan harta yang dicagar adalah milik pencagar ( kitalah tu ) & bukan milik penerima cagaran ( banklah tu ).

Harta itu dalam kawalan kita. Kalau rumah terbakar atau ada hasil sewaan, kita sebagai pembeli rumahlah yang menanggung risiko dan mengambil manfaat.

Jadi rumah dalam loan bank, boleh hibah ke tidak ? Jawab sendiri????

Kredit: Tuan Ariffin Sabirin Official


Follow Us

About Us

Perunding Wasiyyah Shoppe. Khidmat Perancangan Harta & Pengurusan Pusaka Syariah Komprehensif Yang Pantas, Tepat & Mudah

Our Album