Jan 12, 2021
BETUL KE PKP SEKARANG AKAN SEBABKAN MASALAH PUSAKA MAKIN TERUK?
Selain PKP memberi kesan kepada kadar kelahiran, soalan tentang kaitan PKP dengan harta pusaka juga ditanya kepada saya selepas pengumuman PKP oleh PM semalam. Ramai yang risau ni.
Ada kaitan ke ? BIla ada PKP , masalah pusaka akan lebih berleluasa? Waris2 akan berkecenderungan untuk lebih berbalah ? Pusaka akan lebih lambat diselesaikan ?
ANTARA PUNCA KENAPA PUSAKA BERMASALAH.
23 tahun dalam industri perancangan harta dan pengurusan pusaka orang Islam, saya dapat kenalpasti bahawa salah satu faktor kenapa pusaka bermasalah ialah MASALAH EKONOMI waris.
Atas faktor pendidikan dan pelbagai faktor lain, di kalangan waris kita ada yang hidup mewah dan senang. Mereka ini profesional seperti dr, jurutera, akauntan, arkitek, pengurusan kanan syarikat, ahli perniagaan dll. Namun dalam masa sama ada juga waris yang hidupnya sederhana sekadar cukup makan dan ada juga waris yang langsung tiada pendapatan tetap untuk menampung kehidupan.
Dalam ekonomi keadaan biasa ( sebelum Covid19 ) menyerang dunia, di mana ada waris yang kaya, ada waris so-so dan ada waris yang susah, itupun pusaka bermasalah apabila ada waris yang berbalah.
Bayangkan pula dalam keadaan PKP ini di mana hampir semua waris akan terhimpit dengan pelbagai masalah kewangan. Waris yang dulu mewah dan berpendapatan 5 angka sebulan, kini mungkin sudah jatuh miskin bila dibuang kerja atau putus punca pendapatan. Waris yang memang susah sebelum Covid19 pula akan lebih susah sekarang.
Agak2nya dalam keadaan semua waris terhimpit masalah kewangan sekarang dengan adanya PKP, boleh tak waris2 berkompromi membahagi sama rata atau menolak bahagian. Ke mereka akan 'fight' habis-habisan untuk mendapatkan bahagian yang paling maksima ?
Jadi anda rasa ada kaitan tak PKP dengan masalah pusaka ? Pengalaman saya menunjukkan bahawa MEMANG ADA kesan ! Anda rasa ?
Anda nak bantu waris2 supaya tidak terjebak di dalam masalah ini ? Gunakan perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia.
ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH ).
Tulisan oleh Tn Haji Ariffin Sabirin
Ariffin Sabirin Official
Hubungi: www.wasap.my/60145225376/urus+pusaka+percuma+untuk+waris