Jun 07, 2021
Khairat kematian bukan harta pusaka, tak perlu faraid.
Kebiasaannya wang khairat kematian akan diberikan kepada ahli keluarga arwah ataupun penama yang dinamakan dalam perjanjian tabung dana khairat kematian.
Konsep tabung khairat kematian adalah simpanan wang atau yuran yang dikumpul secara bulanan atau tahunan untuk kebajikan ahli-ahlinya yang meninggal dunia. Antaranya untuk perbelanjaan barangan kelengkapan untuk pengurusan jenazah, upah tukang mandi dan penggali kubur.
Gunakanlah khairat kematian untuk menguruskan jenazah dan apa-apa kebaikan yang difikirkan patut dan perlu. Jangan sampai bergaduh nak juga duit tersebut, pertikai kenapa tak bahagi ikut bahagian faraid.
Kalau ada ahli keluarga yang sangat memerlukan duit dan kehidupannya dalam keadaan yang susah, tidak salah pun nak gunakan duit tersebut untuk kebaikannya sekadar yang diperlukan. Utamakan dahulu pengurusan jenazah arwah. Berbincang lah sesama ahli waris dengan harmoni dan kasih sayang.
Manusia bila ada kasih dan sayang, ada hormat menghormati, kuranglah rasa nak bergaduh tu. ????
#infopewarisan
#hartapusaka
Di Wasiyyah Shoppe Berhad, kami sediakan servis pengurusan harta pusaka percuma kepada waris client kami beserta dengan khairat kematian.
Boleh hubungi saya untuk perkongsian berkaitan perancangan pewarisan harta dan pengurusan pusaka.
www.wasap.my/60145225376
https://linktr.ee/sumaiyahmohamed