Jun 08, 2021
PENJELASAN TENTANG WASIAT YANG TIDAK BERKUATKUASA ...
Ramai pm saya ttg cerita semalam & minta penjelasan lanjut kenapa saya kata wasiat tak berkuatkuasa. Mari saya kongsikan pengetahuan sekelumit saya dalam hal ini.
APA WASIAT YANG BERKUATKUASA ?
1. Proses di Mahkamah Syariah :
Wasiat 1/3 kepada bukan waris adalah berkuatkuasa mengikut hukum syarak. Ini sunat muakkad ( dituntut ) kerana ia adalah amal jariah kita. Contoh 1/3 kepada anak angkat , anak saudara , masjid , surau dll. Pihak yang menerima mestilah pihak yang tidak menerima harta pusaka kita ( bukan waris faraid ).
2. Proses di Mahkamah Tinggi Sivil.
Ini untuk urusan pentadbiran harta pusaka. Wasiat yang kandungannya melantik wasi jika simati hartanya melebihi RM 2 juta & dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil, wasiat ini berkuatkuasa.
Maknanya jika dalam wasiat dilantik wasinya ialah syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Bhd , maka kamilah yang akan menjadi wasi & Geran Probet akan dikeluarkan di atas nama Wasiyyah Shoppe Berhad.
Jika dalam wasiat dilantik individu seperti pasangan atau anak2 , maka merekalah yang akan menjadi wasi dan Geran Probet akan dikeluarkan di atas nama mereka.
APA WASIAT YANG TIDAK BERKUATKUASA ?
1. Proses di Mahkamah Syariah.
Wasiat kepada waris tanpa mengira had adalah TIDAK BERKUATKUASA kecuali jika kesemua waris2 mengikut hukum faraid bersetuju dengan wasiat itu SELEPAS kematian pewasiat. Wasiat ini terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
2. Proses di Pejabat Pusaka Kecil.
Ini bagi kes simati mempunyai harta tak alih dan bernilai kurang dari RM 2 juta. Jika Ali membuat wasiat melantik wasi sama ada syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad atau isterinya , wasiat melantik wasi ini hanya berkuatkuasa jika semua waris mengikut hukum faraid Ali bersetuju.
Jika waris2 setuju isteri Ali menjadi wasi , maka Surat Kuasa Mentadbir akan dikeluarkan di atas nama isteri Ali.
Jika waris2 bersetuju dengan wasiat Ali melantik Wasiyyah Shoppe Berhad pula situasinya berbeza. Ini kerana di dalam Akta Pembahagian Pesaka Kecil 1955 , jika syarikat amanah ingin dilantik sebagai pentadbir hanya ARB sahaja yg boleh dilantik. Jadi wasiat melantik wasi yang melantik Wasiyyah Shoppe Berhad atau mana2 syarikat amanah dalam apa keadaan sekalipun TIDAK BERKUATKUASA !
Namun begitu, Wasiyyah Shoppe telah membantu menyelesaikan ratusan kes di Pejabat Pusaka Kecil semenjak 2004 BUKAN SEBAGAI WASI tetapi sebagai fasilitator. Pentadbir bagi ratusan kes ini bukan wasiyyah shoppe sebaliknya waris yang menjadi pentadbir . Surat Kuasa Mentadbir di atas nama waris. Kami hanya membantu urusan dokumentasi & koordinasi kes sehingga selesai.
Penjelasan ini agak teknikal namun inilah hakikatnya. Jadi fahami betul2 adakah kita perlu wasiat atau tidak. Saya bukan anti wasiat , saya cuma anti misleading information.
Wasiat penting tetapi hanya bagi fungsi tertentu. Bukan semua orang perlu wasiat sepertimana bukan semua orang perlu hibah, harta sepencarian atau amanah tetapi ada orang perlukan semua. Lihat kepada maslahah masing2. Wallahuaklam.
#faraidischampion
BIAR JADI PUSAKA JANGAN JADI PUAKA.
ROARING & SOARING 2018.
Ulang siar tulisan oleh Tuan Ariffin Sabirin Official pada tahun 2018.
Free consultation :
www wasap.my/60145225376
https://linktr.ee/sumaiyahmohamed