Jun 17, 2021
Kebanyakan orang berusia 50 hingga 70 tahun atau yang lebih tua lagi, mereka pernah buat urusan jual beli tanah. Mereka ada tanah tetapi tidak memilikinya secara sah.
Jual beli atas kepercayaan secara lisan. Tiada bukti bertulis mahupun saksi.
Selalu saya jumpa dengan makcik dan pakcik yang nak hibahkan tanah dan rumah kepada anak-anak atau cucu mereka. Bila rujuk geran, bukan nama mereka. Rupa-rupanya belum dipindahmilik selepas pembelian dengan pemilik lama. Duit dah dibayar penuh, tapi urusan pindahmilik tak dibuat.
Pemilik asal yang menjual tanah dah meninggal dunia. Waris-waris pula buat tuntutan pusaka, sebab atas geran itu secara jelas nama arwah. Waris tak percaya arwah pernah jual tanah ni kepada sesiapa, bukti dan saksi pun tak ada. Allahurabbi, sedih hiba perasaan pakcik makcik ni mengadu kat saya, tak nak panjangkan isu, tak nak bawa ke mahkamah untuk pengesahan yang sudah tentunya ada kos perlu dibayar dan prosedur tertentu. "Kami redha sajalah..."
Ada juga kes tukar tanah suka sama suka. Contohnya antara adik beradik. Abang bagi tanahnya di kawasan A kepada adik, adik pula bagi tanahnya di kawasan B kepada abang. Masing-masing dah bina rumah atas tanah ni. Tapi atas geran belum bertukar pemilik.
Banyak juga kes tanah atau rumah yang dapat dari pusaka. Perbincangan dan persetujuan sesama waris sahaja. Tapi urusan pusaka tak dibuat, urusan turun milik tanah akibat kematian pun tak dibuat. Hingga bergenerasi lamanya pemilik berdaftar atas geran masih lagi nama arwah yang meninggal berbelas tahun dahulu.
.
.
Ok, kita jadikanlah sebagai iktibar. Tak perlu salahkan mereka..
Pengetahuan dan kesedaran belum disebar luas lagi pada tahun-tahun dahulu...
Sekarang teknologi semakin maju, penyebaran maklumat boleh disampaikan dengan cepat dan meluas.
Jika kita tahu mak ayah atau saudara mara kita ada buat jual beli tanah atau rumah tapi belum selesai dengan sempurna, bantulah mereka selesaikan segera supaya tidak timbul sebarang isu di masa akan datang atau untuk generasi mereka yang akan mewarisinya nanti.
================
Kongsikan ilmu kepada masyarakat.
Sumaiyah WSB - Hibah Amanah Pusaka
https://linktr.ee/sumaiyahmohamed