Nov 17, 2018
SAYA ISTERI YANG MALANG,
MENANTU YANG DIPINGGIRKAN.
Saya anak yatim piatu.
Membesar di rumah anak yatim di sebuah negeri. Setelah umur saya meningkat 18 tahun, saya merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja.
Takdir Allah menemukan saya dengan suami ketika kami sama sama bekerja dalam satu bangunan. Walaupun saya hanya tukang sapu sampah, Suami tetap menerima saya seadanya. Dia bergaji besar, ahli keluarganya pun semuanya bekerjaya hebat.
Pada awal perkahwinan, mertua dan abang-abang ipar tidak pernah menyindir asal usul keturunan saya yang yatim piatu.
Kami hidup bahagia dan dikurniakan dua orang anak perempuan.
.
.
Tahun ini, genap dua tahun suami meninggalkan kami sekeluarga. Anak yang sulong berumur 5 tahun. Anak kedua baru masuk usia dua tahun.
Dan hidup kami sentiasa berduka sejak suami meninggal dunia. Semua harta pusaka yang ditinggalkan suami diambil keluarga mertua dan abang-abang ipar. Katanya saya dan anak-anak perempuan tak berhak sebab kami ni golongan perempuan dan arwah masih ada ibu ayah dan adik beradik lelaki. Kata mereka, lelaki lebih berhak dan semua bahagian dapat pada mereka.
Ibu mertua hanya bagi RM500 untuk saya cari rumah sewa baru dan untuk makan minum kami 3 beranak.
.
.
Lepas saya baca pasal faraid, bahagian setiap waris...saya rasa tertipu. Mereka tindas dan zalim kepada saya anak-anak. Mereka dah makan harta anak yatim. Anak saya juga ada hak atas pusaka arwah ayahnya.
Tapi..saya tak boleh buat apa-apa. Semua dah terlambat. Mereka dah habiskan semua duit arwah dalam simpanan bank. Dan saya pun dah tak nak jumpa keluarga mertua. Biarlah Allah yang menentukan hidup mereka di akhirat nanti.
Setakat hari ini, saya belum ada rumah sendiri atau tanah untuk saya hibahkan kepada anak-anak.
Tapi saya nak ambil Al Wasitah untuk mudahkan anak-anak saya di masa hadapan. Supaya mereka tidak ditindas seperti saya. Supaya mereka mendapat hak mereka nanti. Supaya mereka tidak bersusah payah untuk uruskan pusaka saya. Saya sayang anak-anak saya. Mereka harta yang paling bernilai yang arwah suami tinggalkan kepada saya.
Dan terima kasih juga sebab sudi dengar luahan saya. Semoga dapat bagi pengajaran kepada kita semua.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Kisah benar dari seorang kenalan kepada admin page ini.
• • • • • • • • • • •
Tenatnya masyarakat kita.
Kerana harta, hilang pedoman.
Kerana harta pusaka, menzalimi yang berhak.
LIKE & SHARE
Untuk manfaat bersama.
Sumaiyah WSB - Hibah Amanah Pusaka
Perunding Mawarith,
Wasiyyah Shoppe Berhad
RANCANG HARTA & URUS PUSAKA
KINI TEPAT DAN MUDAH
Nombor untuk dihubungi:
014-5225376
www.wasap.my/60145225376/alWasitah