Bukan Nak Menakutkan 2 Golongan Ini Tapi Memang

Bukan Nak Menakutkan 2 Golongan Ini Tapi Memang

Oct 31, 2021

BUKAN NAK MENAKUTKAN 2 GOLONGAN INI TAPI MEMANG MENGERIKAN BILA NAK MENGURUSKAN HARTA PUSAKA MEREKA :

1) Mereka yang tidak mempunyai anak.
2) Mereka yang ada anak perempuan sahaja

Seminggu ini banyak kes pusaka yang saya dapat melibatkan simati tidak mempunyai anak & hanya mempunyai anak perempuan sahaja.

Kes malam tadi si isteri telah berpesan banyak kali kepada arwah suami untuk hibahkan sebuah rumah & 2 pucuk geran tanah kepada anak angkatnya (mereka tidak mempunyai anak). Arwah suami kata nanti dululah sehinggalah bulan Mac yang lepas dia dijemput ilahi. Maka bermulalah drama tragis bila nak menguruskan harta pusaka arwah suami.

Arwah suami mempunyai 3 orang adik beradik & secara faraidnya mereka mempunyai 3/4 bahagian setelah ditolak bahagian isteri 1/4. Bayangkan satu-satunya rumah yang sedang didiami oleh isteri kini menjadi milik bersama dengan adik beradik arwah suami. Bayangkan anak angkat yang dibela sejak dari kecil & baru nak mulakan kehidupan dewasa kini tidak mendapat apa-apa bahagian daripada pusaka arwah bapa angkatnya.

Telah diusahakan beberapa kali untuk berbincang dengan adik beradik arwah suami namun menemui jalan buntu. Dalam usia isteri yang semakin lanjut, cuba bayangkan bagaimana keadaan mental si isteri bila memikirkan masalah rumah & 2 pucuk geran yang ditinggalkan oleh arwah suami. Saya hanya boleh katakan NGERI bila diceritakan gelagat tingkah laku adik beradik arwah suami.

Banyak lagi cerita NGERI kes-kes pusaka yang melibatkan simati yang tidak mempunyai anak & mempunyai anak perempuan sahaja tapi cukuplah sekadar perkongsian NGERI ini menjadi panduan & tauladan.

Selagi kita masih hidup rancanglah harta secara bijaksana.

Bijaksana - tidak membebankan waris dengan segala masalah pusaka dari sudut MASA & KOS.

Kredit: Herman Wasiyyah

Untuk berhubung: www.wasap.my/60145225376/Assalamualaikum


Follow Us

About Us

Perunding Wasiyyah Shoppe. Khidmat Perancangan Harta & Pengurusan Pusaka Syariah Komprehensif Yang Pantas, Tepat & Mudah

Our Album